Kenali Dato' Sri Siti Nurhaliza
Dato' Sri Siti Nurhaliza sebuah nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau di lahirkan pada 11 Januari 1979, Kampung Awah, Termeloh, Pahang. Memulakan kejayanya di Industri Muzik Malaysia pada usia 16 tahun, selepas memenangi pertandingan nyanyian BINTANG HMI, anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995. Bermula dari titik kemenangan itu beliau telah di lamar oleh syarikat rakaman tempatan Suria Records (SRC).
Dengan menggunakan namanya sendiri (Siti Nurhaliza) maka lahirlah album sulung pertama beliau, pada tahun 1996. Single sulungnya, "Jerat Percintaan" telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.
Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002. Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, Chinapada tahun 1999, dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.
Sehingga kini beliau telah memenangi lebih dari 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara, dengan itu beliau telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia . Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah MTV Asia, Anugerah Muzik Dunia, Anugerah Musik Indonesia, Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records. Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Mandarin.
Beliau merupakan antara artis yang berpengaruh di Kepulauan Melayu dan rantau Nusantara, apabila beliau telah diundi beberapa kali berturut-turut untuk kategori Artis Serantau Paling Popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula pada tahun 2001 sehingga Kini, beliau telah tersenarai sebagai salah seorang artis yang paling berpengaruh.
Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Pada tahun 2005, beliau menjadi artis pertama dari Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert secara solo di Royal Albert Hall, London dan diiringi oleh Orkestra Simfoni London. Pada tahun yang sama juga, beliau telah disenaraikan di kedudukan kedua sebagai Asia's Best Musical Artiste oleh MTV Asia dan Biggest Asian Artiste oleh Channel V juga di kedudukan kedua. Pada tahun 2008, beliau telah dinamakan sebagai salah seorang Asia's Idol oleh Asia News Network (ANN). Manakala pada tahun 2014 pula beliau menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia. Kejayaannya di rantau Asia melayakkan Siti menerima gelaran tertinggi termasuk "Suara Asia" dan "Celine Dion Asia".
Beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi 2016 dan 2017. Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).

0 comments: