SITI NURHALIZA - 1996

TAJUK ALBUM : SITI NURHALIZA /
TAHUN KELUARAN : 1996 /
EDARAN : SRC - SURIA RECORDS SDN. BHD. /
PENERBIT : ADNAN ABU HASSAN /
PENERBIT EKSEKUTIF : S. L. TAN /
PENGURUS A&R : SHAM AMIR HUSSAIN /
STUDIO : PRO RECORDING STUDIO
JURURAKAM : VINCENT & CHIA /
UNIT PROMOSI : BARD, JOE & NIETA /
KONSEP COVER & DESIGN : SHAM AMIR HUSSAIN & SOON (ART BASE) /
FOTOGRAFI : A. D. HO (EYE PIECE STUDIO) /
MAKE UP : HEINTJE /
SUARA LATAR : ADNAN ABU HASSAN, NINA ABU HASSAN & IDAH /
GITAR : AIDIET /
SUSUNAN MUZIK : ADNAN ABU HASSAN, ANTARA WAKTU DAN USIA (ALFA BOOTY), CARI-CARI & BICARA LUKA (FAUZI MARZUKI) /

Album yang dilancarkan pada 1 April 1996, dengan menggunakan namanya sendiri (SITI NURHALIZA) sebagai tajuk album. Album yang mendapat sentuhan Adnan Abu Hassan ini, mempertaruhkan single pertama JERAT PERCINTAAN. Dan menerusi lagu ini juga, Dato' Sri Siti Nurhaliza telah pun dinobatkan sebagai Juara di Anugerah Juara Lagu anjuran TV3. Lagu² lain yang mendapat sabutan menerusi album ini antaranya lagu ANTARA WAKTU DAN USIA, JAWAPAN DIPERSIMPANGAN, MAHLIGAI ASMARA dan juga lagu JALANAN BERDURI. Album ini juga turut terjual melebihi 50,000 unit.


FRONT COVER
BACK COVER






Anugerah / Pencapaian Seni


1995

 - Juara Bintang Hiburan Minggu Ini


1996

 - Artis Baru Wanita Popular (Anugerah Muzik Singapura)
 - Juara Lagu ``Jerat Percintaan’’
 - Juara Kategori Balada ``Jerat Percintaan’’
 - Persembahan Terbaik ``Jerat Percintaan’’
 - Lagu Paling Popular ``Mawarku’’ (Anugerah Muzik Singapura)


1997

 - Lagu Terbaik ``Jerat Percintaan’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Artis Baru Wanita Terbaik (Anugerah Industri Muzik)
 - Artis Remaja Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Penyanyi Wanita Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Penghibur TV Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Artis Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Artis Wanita Jelita (Pilihan Pembaca Media Hiburan-PPMH)
 - Persembahan Terbaik Juara Lagu ``Aku Cinta Padamu’’
 - Juara Kategori Balada ``Aku Cinta Padamu’’
 - Persembahan Terbaik ``Aku Cinta Padamu’’ (Carta Radio 3 Shah Alam)


1998

 - Penyanyi Wanita Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Artis Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Juara Kategori Irama Malaysia ``Cindai’’
 - Juara Lagu ``Cindai’’
 - Pencapaian Album Melayu Terbaik RIM "Adiwarna"


1999

 - Persembahan Vokal Terbaik (Anugerah Industri Muzik)
 - Album Pop Terbaik ``Adiwarna’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Album Terbaik ``Adiwarna’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Juara Kategori Balada ``Purnama Merindu’’ (Juara Lagu)
 - Juara Kategori Irama Malaysia ``Hati Kama’’ (Juara Lagu)
 - Piala Emas Festival Muzik Shanghai
 - Penyanyi Wanita Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Artis Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Artis Jelita Sensasi (PPMH)
 - Artis Paling Sensasi (PPMH)
 - Cover Majalah Wanita Terbaik
 - Pemenang Vokal Terbaik Pop/Top 40 Kategori Lagu Antarabangsa (Pertandingan Lagu Antarabangsa Pasifik Selatan, Australia)
 - Pemenang Pertama Pertandingan Poskad Sensasi Mangga


2000

 - Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Industri Muzik)
 - Anugerah Kembara (Anugerah Industri Muzik)
 - Album Pop Etnik Terbaik ``Seri Balas’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Album Terbaik ``Seri Balas’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Anugerah Personaliti Terbaik anjuran Papita
 - Penyanyi Wanita Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Artis Paling Popular (Anugerah Bintang Popular)
 - Juara Kategori Balada `` Kau Kekasihku’’
 - Juara Etnik Kreatif ``Balqis’’
 - Juara Lagu 2000 ``Balqis’’
 - Artis Luar Negara Paling Berhasil Di Indonesia (Anugerah Muzik Indonesia-AMI Sharp Award 2000)
 - ERA Corner – Penerima Anugerah Tempat Ke 2


2001

 - Penyanyi Wanita Terbaik (Anugerah Planet Muzik Singapura)
 - Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Planet Muzik Singapura)
 - Lagu Paling Popular ``Balqis’’ (Anugerah Planet Muzik Singapura)
 - Penyanyi Balada Sensasi (PPMH)
 - Persembahan Vokal Wanita Terbaik ``Sahmura’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Album Pop Etnik Terbaik ``Sahmura’’ (Anugerah Industri Muzik)
 - Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001)
 - Artis Paling Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001)
 - Juara Kategori Pop Rock ‘Engkau Bagaikan Permata’ (Juara Lagu 2001)
 - Persembahan Terbaik ‘Ya Maulai’ (Juara Lagu 2001)
 - Vokal Wanita Pilihan (Anugerah Era 2001)
 - Video Klip Pilihan ‘Percayalah’ (Anugerah Era 2001)
 - Artis Duo/Kumpulan Pilihan (Anugerah Era 2001)
 - Lagu Pop Pilihan ‘Percayalah’ (Anugerah Era 2001)
 - Lagu Pilihan Etnik Kreatif (Anugerah Era 2001)
 - Lagu Balada Pilihan ‘Kau Kekasihku’ (Anugerah URS)
 - Artis Remaja Pilihan (Anugerah URS)
 - Model Pilihan (Anugerah URS)


2002

 - Artis Wanita Jelita (Anugerah Ceria PPMH & NTV 7)
 - Artis Wanita Popular (Anugerah Planet Muzik Singapura 2002)
 - Artis Wanita Terbaik (Anugerah Planet Muzik Singapura 2002)
 - Artis Pilihan Malaysia (MTV Asia Award 2002)
 - Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Anugerah Industri Muzik 2002)
 - Persembahan Terbaik Carta Hits Radio Muzik 2002 (Bicara Manis Menghiris Kalbu)
 - Pemenang Hadiah Grand Prix (Voice Of Asia di Almaty, Kazakhstan)
 - Lagu Etnik Pilihan “Nirmala” (Anugerah Era 2002)
 - Muzik Video Pilihan “Nirmala” (Anugerah Era 2002)
 - Vokal Wanita Pilihan (Anugerah Era 2002)
 - Universe Of Corum ``Siti Nurhaliza’’ oleh Corum (2002)
 - Penyanyi Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular – Berita Harian 2002)
 - Pencapaian Remaja Cemerlang (Artis) Dari Puteri UMNO.
 - Anugerah Artis Contoh Parti Cit Cat Azwan 2002
 - Anugerah Artis Paling Popular Parti Cit Cat Azwan 2002


2003

 - Persembahan Terbaik ‘Nirmala’ (Juara Lagu 2002)
 - Juara Kategori Irama Malaysia ‘Nirmala’ (Juara Lagu 2002)
 - Artis Pilihan Malaysia (MTV Asia Award 2003, Singapore)
 - Anugerah Personaliti Hiburan 2002 – Penyanyi Wanita
 - Anugerah Khas Personaliti Hiburan 2002
 - Anugerah Planet Muzik 2003 – Artis Wanita Terbaik
 - Anugerah Planet Muzik 2003 – Artis Wanita Paling Popular
 - Anugerah Khas Anugerah Planet Muzik 2003
 - Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003
 - Anugerah Jasamu Dikenang MAYC 2003 (Persatuan Kelab2 Belia Malaysia MAYC Kuala Langat)
 - The Outstanding Young Malaysian ``Cultural Achievement’’ oleh Junior Chamber Kuala Lumpur Mandarin 2003
 - Album Malaysia Terbaik Anugerah Muzik Indonesia (AMI)-album EMAS.
 - Anugerah ERA 2003 – Lagu Etnik Pilihan “Badarsila”
 - Anugerah ERA 2003 – Muzik Video Pilihan “Bukan Cinta Biasa”
 - Anugerah Juara Lagu Ke 18 – Persembahan Terbaik “Ku MilikMu”


2004

 - Anugerah MACP 2004 – Pencipta Muda Berpotensi
 - Anugerah Perdana Bintang Seniman – Anugerah Seniman 2003
 - Artis Pilihan Malaysia (MTV Asia Award 2004, Singapore)
 - Anugerah URS - Bintang Remaja Paling Glamor 2004
 - Anugerah URS - Bintang Wanita Paling Glamor 2004
 - Anugerah URS - Artis Paling Glamor & Popular 2004
 - Anugerah Planet Muzik 2004 - Artis Wanita Paling Popular
 - Anugerah Planet Muzik 2004 - Artis Wanita Terbaik
 - Anugerah Planet Muzik 2004 - Lagu Paling Popular (Bukan Cinta Biasa)
 - Artis Wanita Popular (Anugerah Bintang Popular - Berita Harian 2003)
 - Anugerah Industri Muzik 2004 – Anugerah Kembara
 - Anugerah Industri Muzik 2004 – Vokal Terbaik Dalam Album (Wanita)
 - Anugerah Industri Muzik 2004 – Album Pop Terbaik (E.M.A.S)
 - Anugerah Industri Muzik 2004 – Album Terbaik (E.M.A.S)
 - Sctv Music Awards(Indonesia) - Artis Asing Paling Ngetop


2005

 - MTV Asia Awards 2005 - Favourite Artist Malaysia
 - Anugerah Planet Muzik 2005 - Artis Wanita Popular
 - Anugerah Planet Muzik 2005 - Lagu Paling Popular - Lagu Rindu
 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 - Bintang Paling Popular
 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 - Penyanyi Wanita Popular
 - Hitz1 - Persembahan Terbaik
 - Hitz1 - Lagu Paling Popular - Lagu Rindu
 - Hitz1 - Tempat Kedua Lagu Terbaik - Lagu Rindu
 - Anugerah Industri Muzik 2005 - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) - Prasasti Seni
 - Anugerah Industri Muzik 2005 - Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Seindah Biasa
 - Anugerah Industri Muzik 2005 - Anugerah Kembara
 - Anugerah Era 2005 - Vokal Wanita Pilihan


2006

 - Anugerah Juara Lagu Ke-20
 - Juara Lagu Pilihan Penonton (Cindai)
 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 - Penyanyi Wanita Popular
 - Anugerah Planet Muzik 2006 - Artis Wanita Popular
 - Persembahan Vokal Terbaik Wanita-Anugerah Industri Muzik


2007

 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 - Penyanyi Wanita Popular
 - Anugerah MACP 2007 – Pilihan Pop 90-an (Lagu “Cindai”)
 - Anugerah Industri Muzik 2007 - Album Pop Terbaik “Transkripsi”
 - Anugerah Industri Muzik 2007 - Album Terbaik “Transkripsi”
 - Anugerah Planet Muzik 2007 – Artis Wanita Paling Popular
 - Anugerah Planet Muzik 2007 – Lagu Terbaik “Biarlah Rahsia”
 - Anugerah Planet Muzik 2007 – Artis Wanita Terbaik
 - Anugerah Era 2007 – Vokal Wanita Pilihan


2008

 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007-Penyanyi Wanita Popular
 - Anugerah Planet Muzik 2008– Artis Wanita Paling Popular
 - Anugerah Indutsri Muzik 2008-Vokal Wanita Terbaik
 - Anugerah Industri Muzik 2008-Album Pop Terbaik
 - Anugerah Industri Muzik 2008-Susunan Lagu Dalam Album Terbaik (Cintamu)
 - Anugerah Malaysian Artiste Professional Award Recipient 2008 dari Malaysian Professional Centre


2009

 - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008-Penyanyi Wanita Popular
 - Anugerah Industri Muzik-Persembahan Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu
 - Anugerah Industri Muzik-Album Pop Etnik Terbaik (Lentera Timur)
 - Anugerah Industri Muzik- Album Terbaik (Lentera Timur)
 - Anugerah Industri Muzik- Susunan Lagu Terbaik (Pada Cintanya)
 - Anugerah Planet Muzik- Artis Malaysia Paling Popular Kosmo
 - Anugerah Planet Muzik-Artis Serantau Paling Popular


2010

 -Anugerah Artis Contoh Parti HIP TV9
 -Anugerah Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2009
 -Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2009
 -Anugerah Industri Muzik-Persembahan Vokal Duo/Kumpulan Terbaik (Amarah-CTKD)
 -Anugerah Industri Muzik-Persembahan Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu (Ku Percaya Ada Cinta-Tahajjud Cinta)


2011

-Anugerah Brandlaurette `Women Of The Year'
 -Anugerah ISMAWI (Malaysia-Indonesia)-Wanita Inspirasi 2012
-Anugerah Khas I-Kon Hiburan (Bernama)
-Anugerah Seri Perak Anuegrah Bintang Popular (ABPBH)
-Anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik (Majalah EH) 2013
-Bella On Stage Awards
-Anugerah Planet Muzik `Artis Duo/Kumpulan Terbaik’ bersama Hafiz
-Anugerah Lagu Serantau Paling Popular `Muara Hati’ bersama Hafiz
-Anugerah Melodi `Artis Wanita Pilihan’.
-NEF-Awani ICT Awards- Favourite Local Celebrity@ICT


2014

-Icon Her World
-Icon Malaysia Book Of Records
-Anugerah Planet Muzik-Artis Wanita Terbaik
-Anugerah Planet Muzik-Lagu Malaysia Terbaik `Lebih Indah’
-Inaugural Malaysian Women Of Excellence Awards
-Jewels Of The Muslim World Award
-Asian Music Legend Award (Top Asia)
-Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu (Anugerah Industri Muzik)
-Album Terbaik `Fragmen’ (Anugerah Industri Muzik)
-Rakaman Album Terbaik -Album Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional  Malaysia (Anugerah Industri Muzik) Dec 2014.
-Anugerah Srikandi Negara daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)


2015

-Anugerah Bintang Popular-Artis Wanita Stailo
-Anugerah Meletop-Penyanyi Meletop
-Anugerah Meletop-Bintang Online Meletop
-Anugerah Stail EH!-Selebriti Pilihan Kulit Majalah
-Anugerah Neway-Artis Wanita Terbaik
-Anugerah Planet Muzik `Kolaborasi Terbaik Artis’ (Seluruh Cinta) Bersama Cakra Khan
-  World's Best Malay Female Artist Award-World Music Awards, Monte-Carlo
- Best Malay Live Act-World Music Awards, Monte-Carlo
- Best Malay Entertainer - World Music Awards  in Monte-Carlo


2016

-Anugerah McMillan Woods `Outstanding Singer Of The Year’
-Anugerah Khas `Qu Puteh’ AJL30 `Cindai’
-Anugerah Meletop- Bintang Online Meletop
-Anugerah Stail EH! Selebriti Kulit Majalah Pilihan Peminat
-Anugerah Pilihan Online Mstar -Penyanyi Wanita Terhebat
-Anugerah Pilihan Online Mstar-Ikon Fesyen Pilihan Online
-Outstanding Singer Of The Year McMilan Global Awards
-Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik (Mikraj Cinta)
-Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu Anugerah Industri Muzik
(Menatap Dalam Mimpi)
-Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged)
-Artis Pilihan Malaysia Anugerah industri Muzik
-Anugerah BAMA-Best Malaysian Act

2017

- Anugerah MeleTOP-Grup/Duo MeleTOP  (Dirgahayu,bersama Faizal Tahir)
-Anugerah Planet Muzik-`Artis Duo/Kumpulan’ Terbaik bersama Faizal Tahir
-Anugerah SME & Entrepreneurship Business Award-Celebrity Entrepreneur Of The Year


2018

- Kolaberasi Terbaik APM 2018 bersama Judika
- Most Popular Artiste (Best Female)



PENCAPAIAN/ENDORSEMENT/DARJAH KEBESARAN/PLATINUM


- Anugerah 6 Platinum Album Aku Cinta Padamu 1997
 - Anugerah 5 Platinum Album Cindai 1997
 - Anugerah 4 Platinum Album Adiwarna 1998
 - Anugerah 2 Platinum Album Pancawarna 1999
 - Anugerah 2 Platinum Album Sahmura 2000
 - Anugerah Gold Platinum Album EMAS (Indonesia) 2003
 - Anugerah 2 Platinum Album Transkripsi
 - Anugerah Platinum Album Konsert Live di Albert Hall
 - The Malaysia Book Of Records – Artis Paling Banyak Menerima Anugerah
 - Terpilih sebagai Duta Muhibbah PBSMM selama 2 penggal
 - Terpilih sebagai jurucakap/model iklan Maybelline New York 1999/2000/2001/2002/2003
 - Terpilih sebagai model telefon bimbit edisi terhad Mitsubishi Trium 2000
 - Terpilih sebagai model Nippon Wiper Blade 2001
 - Duta Yayasan Jusco (With All Our Heart) 2002-2009
 - Jurucakap produk Olay (2006-2008)
 - Jurucakap produk Pantene (2006-2008)
 - Dikurniakan Darjah Kebesaran Keempat Negeri Pahang – Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan Setia Ahmad Shah Pahang (SAP)
 - Dikurniakan Paduka Mahkota Perak (PMP)
 - Dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM)
 - Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (membawa gelaran Dato’)
-Dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)-membawa gelaran Dato’ Sri
 - Dilantik sebagai ‘PUTERI SETEM MALAYSIA’ oleh Pos Malaysia Berhad
 - Terpilih sebagai Duta TMnet 2002-2003
 - Terpilih sebagai jurucakap kamera Minolta 2003
 - Terpilih sebagai Duta Samsung 2004
-Terpilih sebagai jurucakap telefon bimbit Vivo (VivoV5) 2016
 - "Wannabe" Award (2004) - Nickoledeon Kid's Choice Awards 2004
 - Terpilih sebagi Duta Maxis – Hotlink (2004)
 - Bestbrands Malaysian Personality Of The Year Award (2005) - Bestbrands Council
 - "Wannabe" Award (2005) - Nickoledeon Kid's Choice Awards 2005
 - Tokoh Karyawan Usahawan Muda (2005) - Universiti Sains Malaysia
 - Anugerah Sri Kandi Seni oleh UMNO Bahagian Maran, Pahang Darul Makmur.
 - Malaysia Book Of Records (Artis Pertama Membuat Konsert Solo Di Royal Albert Hall, London) dan Artis Terbanyak Mendapat Anugerah.
-Anugerah ISMAWI (Malaysia-Indonesia Wanita Inspirasi)
-Best Brand & Women Of The Year-Brand Laurette (SimplySiti)
-Penghargaan dari Yonder Music-Hear Forever
-Anugerah Kemanusiaan-Majlis Consultative Council Of Islamic Organization (MAPIM)
-Terpilih sebagai Duta Vivo 2016-2019
- Terpilih sebagai Duta Vantage 2018


Kenali Dato' Sri Siti Nurhaliza

Dato' Sri Siti Nurhaliza sebuah nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau di lahirkan pada 11 Januari 1979, Kampung Awah, Termeloh, Pahang. Memulakan kejayanya di Industri Muzik Malaysia pada usia 16 tahun, selepas memenangi pertandingan nyanyian BINTANG HMI, anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995. Bermula dari titik kemenangan itu beliau telah di lamar oleh syarikat rakaman tempatan Suria Records (SRC).

Dengan menggunakan namanya sendiri (Siti Nurhaliza) maka lahirlah album sulung pertama beliau, pada tahun 1996. Single sulungnya, "Jerat Percintaan" telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Beliau juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002. Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, Chinapada tahun 1999, dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.

Sehingga kini beliau telah memenangi lebih dari 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara, dengan itu beliau telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia . Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah  Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah MTV Asia,  Anugerah Muzik Dunia, Anugerah Musik Indonesia, Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records. Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Mandarin.

Beliau merupakan antara artis yang berpengaruh di Kepulauan Melayu dan rantau Nusantara, apabila beliau telah diundi beberapa kali berturut-turut untuk kategori Artis Serantau Paling Popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula pada tahun 2001 sehingga Kini, beliau telah tersenarai sebagai salah seorang artis yang paling berpengaruh.

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Pada tahun 2005, beliau menjadi artis pertama dari Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert secara solo di Royal Albert Hall, London dan diiringi oleh Orkestra Simfoni London. Pada tahun yang sama juga, beliau telah disenaraikan di kedudukan kedua sebagai Asia's Best Musical Artiste oleh MTV Asia dan Biggest Asian Artiste oleh Channel V juga di kedudukan kedua. Pada tahun 2008, beliau telah dinamakan sebagai salah seorang Asia's Idol oleh Asia News Network (ANN). Manakala pada tahun 2014 pula beliau menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia. Kejayaannya di rantau Asia melayakkan Siti menerima gelaran tertinggi termasuk "Suara Asia" dan "Celine Dion Asia".

Beliau juga disenaraikan sebagai salah seorang muslim yang berpengaruh oleh Pusat Pengajian Strategi Islam Diraja bagi 2016 dan 2017. Sebagai ahli perniagaan, beliau memiliki aset-aset perniagaan termasuk Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).


Copyright © 2019 Hak Cipta Shah Myra